Wednesday, September 16, 2009

AKU DIA DAN KAUNTER

Pada suatu hari aku telah pergi untuk berjumpa dia di sebuah kaunter yang agak jarang aku jejaki melainkan ada urusan penting. Mula-mula aku membuka pintu tiada satu kelibat pun kelihatan di dalam ruangan itu, lalu ku mengerling ke arah jam di tanganku. Jam pada ketika itu baru menunjukkan 11.38 pagi. 11.38 PAGI. Hendak dikatakan keluar minum pagi ini bulan puasa. Mungkin mereka semua tengah menghadiri mesyuarat agaknya, aku berfikiran positif. Kemudian aku mengambil keputusan untuk tawaf bangunan itu sebentar sementara menunggu ruang itu diisi oleh makhluk bernyawa dan berakal. Selepas beberapa ketika aku kembali ke kaunter tersebut. Hati lega apabila terdengar ada bunyi orang berborak dan bergelak ketawa. Dengan yakinnya aku masuk ke dalam ruangan yang aku jejaki sebentar tadi. Tetapi kali ini suasana agak berlainan. Sejurus pintu terbuka aku terpandang dia tengah berbual di telefon. Aku mengambil keputusan untuk menunggu di ruangan menunggu sementara menanti dia melepaskan gagang telefon. 5 minit, 10 minit, 20 minit.. alahai itu sudah melampau kataku bersendirian. Tidak mengapa aku tunggu lagi 5 minit. Namun aku terus dibiarkan disitu bagi tunggul kayu yang telah menjadi debu dan kelibatku langsung tidak dihiraukan oleh dia. Sehingga membuatkan ak berfikir sejenak "Halimunan kot aku ni, sebab tu dia tidak nampak." Nampaknya dia lebih suka bercerita tentang cara-cara membuat biskut ini, biskut itu, apa resepi kek ini, warna baju raya, bila balik kampung dan tidak sabar untuk pergi ke bazar ramadhan petang nanti. Semangat raya katakan. Aku sedar aku hanyalah aku, tetapi sekali aku menjejakan kaki ke ruangan itu, bermakna aku seorang pelanggan atau rakyat yang memerlukan khidmat bantuan. Bukannya aku duduk disitu untuk menyalin resepi biskut-biskut sedunia. Tema Kemerdekaan kita pada tahun ini " Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan." Perlu dikaji, diselidik betul-betul kalimah itu, jangan hanya pandai melaungkan MERDEKA sehingga lupa cara-cara untuk melayan pelanggan atau tetamu dengan cara yang sepatutnya.Tidak ku pinta layanan mesra atau permaidani merah atau sofa atau sebagainya yang mengarut-ngarut. Cukup sekadar "Ye Dik, Apa boleh saya bantu?" Begitulah alkisahnya AKU DIA (bersama gagang telefon, biskut raya etc) dan KAUNTER!

RENUNG2KAN!

No comments:

Post a Comment